Friday, February 3, 2012

Sessi menebus Voucher Buku 1 Malaysia (^_*)V


Salam malam jumaat dan salam satu malaysia. ececeh.mentang-mentang la nak cerita pasal baucer buku 1 malaysia kan. hikhik.

Sepertimana yang diketahui oleh sekalian para-para mahasiswa ipta/ipts beserta adik-adik lepasan STPM dan matrikulasi, baucer buku rm200 yang di beri oleh kerajaan menjadi satu isu yang hangat diperkatakan sejak dua tiga pat menjak ni.
sumber;google

Apatah lagi, timbul isu pulak kes penjualan baucer tersebut di laman internet.peh!kecoh abes kan. sapelah manusia yang tak mengenang jasa kerajaan tu kan? aduhai~ so, sesiapa yang teringin nak merasai suasana kehidupan didalam penjara, boleh la try jual baucer korang tu (^_^)
oke. di sebabkan lisa merupakan pelajar tahun kedua akhir dan bakal mengahadapi praktikal pada semester hadapan, terasa baucer yang diterima adalah satu bonus pada lisa utk membeli buku-buku yang mungkin tiada kaitan nye dengan pelajaran sebb sem depan lisa mana ade masuk kelas lagi!haha

Maka, dengan rakusnya lisa segera menjelajahi seluruh pelusuk sudut di dalam kedai buku HARRIS kat jusco dengan kengkawan lisa smlm. tak cukup lagi semalam, hari ni pun lisa dok serbu badan cemerlang kat todays tiram dengan mak plak. haha. abes rm150 ! ^^

Nak tau buku ape lisa beli? meh jom lisa share dengan korang^^


Novel!hikhik. novel ni mak lisa da tempah awl2 dari tahun lepas. "adik, novel ramlee awang murshid kuar bulan jan, nnti beli gune voucher ye" , "baik lah mak!" . terbukti lisa merupakan seorang anak yang baik kan kan? keh keh keh 




Kompilasi lawak kampus! lisa pernah bace sebijik dulu buku ni tp tak ingt edisi keberapa. tak sangka lak popular wat kompilasi. buku ni di beli atas tujuan utk mengurangkan stress dan tekanan lisa bila praktikal nnti. err.kira ade kaitan la gak kan utk sem depan punye citer. heh. alsan:P




Yang 2 bijik ni plak buku himpunan doa-doa dan surah2 terpilih. selain jasmani, rohani jugak perlu dijaga,kan kan? banyak doa-doa yang terkandung di dalam dua bijik buku ni. insyallah , kalau ade masa terluang lisa nak hafal doa2 dalam buku ni, buat pegangan kita masa kesusahan.


Haa..yang ni plak sebagai persediaan utk berumah tangga . hak hak hak. over kan? nnti dah kawen lisa nak masak mee je ari2. ok overdose ni. saje beli buku ni sbb mak lisa kan suke makan mee. so, nak try semua resepi mee2 yang ade dlm ni. tengok gmbar kat cover book ni pun dah kecur apetah lagi yang dalam2. ada 60 resepi semuanya. hikhik



Haaaa.yang ni adalah buku yang paling bagus dan terbaik lisa rasa lisa beli antara buku-buku lain. SPSS ni lisa perlukan bila nak buat thesis nnti. so, perlu kan lisa beli buku ni? tu laa.masa sem 3 dulu belajar RM memain kan? buat SPSS pun ikut sukati kan? sekarang baru menggagau nak carik buku SPSS. harap2 dapat membantu lisa nnti. aminn.



Ekceli lisa ade belikan si tira comel tu 4 bijik buku latihan utk darjah satu dengan buku prinsip perakaunan form 5 utk mak die. tapi belum sempat lisa nak capture gmbar die dah bawak naik umah nenek dah. cis! gelojoh tol.

Maka dengan itu tamatlah riwayat 3 keping voucher bernilai RM50 sekeping setelah membeli item2 diatas. hikhik. mesti ade yang tanya kan lisa nak buat ape lagi dengan voucher RM50 lagi 1 keping tu kan. lisa nak simpan buat beli tafsir quran. dari semalam smpai harini semua tafsir sold out. benci tol. 


Apepun terima kasih kepada pihak kerajaan atas pemberian voucer buku rm200 ni. walaupun ade certain-certain buku tak berkaitan langsung dengan sesi pembelajaran lisa pada semester hadapan, tapi semua buku-buku tu ada pengajaran tersendiri.

So, pada mereka-mereka yang dengki sbb lisa boleh beli buku sesuka hati sebb sem depan lisa praktikal, sabar je la ye. dah nasib. nak wat cemane , ye tak? kihkih


Sekian entry tentang voucher buku 1 malaysia .k bai


pecah kaca pecah cermin,sudah baca sudilah drop komen:P

3 000 org bercakap-cakap:

sugar2 kapas strawberry said...

untungla..kita baucar buku tu boleh beli buku sebiji je.nak beli buku lain kena tmbh duit sendiri

zulhilmi tempoyak said...

lawak kampus tu bleh bli ke..
br tau...

haha

Aida Omar said...

analisis komputer? macam best je.. pinjam sat :P

our love journey!

Daisypath Anniversary tickers
 

Copyright © 2012 Reserved to ♥♥ Lisa Afha ♥♥ Design with love by CikBulat